Saturday, January 28, 2017



Daripada Jabir bin Abdullah R.A, katanya: pernah Rasulullah S.A.W  apabila berpidato merah menyala matanya, lantang  suaranya, dan bersangatan marahnya sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang! ; Serta baginda bersabda: “(masa) aku diutuskan dan masa berlakunya kiamat seperti dua jari ini,” lalu baginda menyatukan kedua jari tangannya – jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: “(ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah, dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad S.A.W; dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu ialah bida’ah, dan tiap-tiap bida’ah itu sesat”. Kemudian baginda bersabda lagi: “aku adalah berhak menolong tiap-tiap orang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, -sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang, atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya, dan akulah yang menanggung hutangnya.” ( Muslimdan lain-lainnya )  (. pdf )

No comments: