Friday, April 24, 2009

Surah Ali-'Imran : 172-173




بِــسْـمِ اللهِ الـرَّ حْــمـنِ الــرَّ حِــيْــمِ


الَّـذِيْـنَ اسْـتَـجَــا بـُواْ لِلهِ وَاْلـرَّسُــولِ مِـنْ بَـعْـدِ مَــآ أَصَـابَـهُـمُ الْـقَـرْحُ

لِـلَّـذِيْـنَ أَحْـسَـنُواْ مِـنْـهُـمْ وَاْ تَّـقَـوْاْ أَجْـرٌ عَـظِـيْـمٌ



(الَّـذِيْـنَ اسْـتَـجَــابُــواْ لِلهِ وَاْلـرَّسُـولِ) "Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya; supaya keluar untuk berperang". (مِـنْ بَـعْـدِ مَــآ أَصَــابَــهُــمُ الْـقَــرْحُ) "Setelah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud)". (لِـلَّــذِيْــنَ أَحْــسَــنُـواْ مِــنْــهُــمْ) "Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka". (وَاْ تَّــقَــوْاْ أَجْــرٌ عَــظِــيْــمٌ) "Dan yang bertakwa tersedia pahala yang besar".


اْلَّـذِيْـنَ قَـالَ لَـهُـمُ الـنَّـاسُ إِنَّ الـنَّـاسَ قَـدْ جَــمَـعُـواْ لَــكُـمْ فَـاْخْــشَـوْهُــمْ فَــزَادَ هُــمْ إِيْــمَــانًــا

وَقَــالُــواْ حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ


(اْ لَّــذِيْـنَ قَـالَ لَـهُــمُ الـنَّــاسُ اِنَّ الـنَّاسَ قَــدْ جَــمَــعُــواْ لَــكُــمْ فَــاْخْــشَـوْ هُـمْ فَــزَادَ هُـمْ إِيْــمَــانًــا) "Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) kepada mereka ada yang mengatakan, sesungguhnya manusia telah menghimpun pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka. Maka ucapan itu menambahkan keimanan mereka". Yakni orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasulnya, apabila mereka diancam dan ditakut-takutkan dengan bilangan musuh yang ramai yang akan menyerang mereka, akan tetapi mereka tidak gentar bahkan makin bertambah keimanan mereka.


(وَ قَـالــُوا حَــسْــنَـا اللهُ وَنِــعْــم الـْـوَ كِـيْــلُ) "Dan mereka menjawab cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".

Demikianlah gambaran sifat-sifat orang-orang yang mentaati Allah dan RasulNya apabila mereka ditakut-takutkan oleh orang lain bahawa musuh akan menyerang,  mereka tidak merasa gerun menghadapinya bahkan makin bertambah iman mereka sambil berkata, "cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung". 



Thursday, April 9, 2009

Surah Ali-'Imran : 174-175



بِـــسْـــمِ اللهِ الرَّ حْــمَـــنِ الرَّحِـــيْـــمِ

فَاْ نْــقَــلـَـبُــواْ بِنـِـعْــمَــةٍ مِّــنَ اللهِ وَفَـــضْــلٍ لـَّــمْ يَــمْــسَـهُمْ سُـوءٌ
وَاْتَـبَـعُـواْ رِضْـوانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَـضْـلٍ عَـظِـيْـمٍ

(فَــاْنْـقَـلَـبُــواْ بِــنِـعْـمَــةٍ مِّـنَ اللهِ وَفَـضْـلٍ) "Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah". Iaitu Allah mengembalikan mereka dari peperangan dengan mendapat nikmat keselamatan serta limpah kurnia dan ganjaran pahala dari Allah.

(لَـمْ يَـمْـسَـهُـمْ سُـوءٌ) "Tanpa mendapat kecelakaan", baik luka ataupun kematian.


(وَتَّـبَـعُـواْ رِضْـوَانَ اللهِ) "Dan mereka mengikuti keredhaan Allah". Iaitu dengan mentaati Allah dan Rasulnya supaya keluar berperang. (وَاللهُ ذُو فَـضْـلٍ عَـظِـمٍ) "Dan Allah mempunyai kurnia yang maha besar". Terhadap orang yang taat kepada perintahnya.


اِنّـمَـا ذَالِـكُـمُ الشَّيْـطَا نُ يُـخَـوِّ فُ اَوْلِـيَـآءَهُ فَـلاَ تَــخَــا فُـو هُـمْ وَخَـافُـونِ اِنْ كُـنْـتُـمْ مُـؤُ مِـنِـيْـنِ


(اِنَّـمَـا ذَالِـكُـمُ الـشَّـيْـطَا نُ يُخَـوِّفُ اَوْلِـيَــآءَهُ) "Sesungguhnya mereka itu ialah syaitan yang menakut-menakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang kafir)". Iaitu, sesungguhnya syaitanlah yang membesar-besarkan kawan-kawannya dan menimbulkan kesan seolah-olah mereka itu kuat, perkasa, hebat, dan berkuasa memberi manfaat juga mudarat. Dengan begitulah syaitan dan kawan-kawannya menakut-nakutkan kamu serta menanamkan perasaan pada diri kamu bahawa mereka memiliki kekuatan dan pengaruh.



(فَـلاَ تَـخَــا فُــوهُــمْ وَخَــافُــونِ إِنْ كُــنْـتُــمْ مُؤْ مِــيْــنَ) "Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman". Yakni janganlah kamu takut kepada syaitan dan kawan-kawannya, maka takutlah kepada Allah kerana hanya Allah yang mempunyai kekuatan, yang berhak ditakuti dan berkuasa memberi manfaat dan mudarat, jika kamu benar-benar beriman.


There was an error in this gadget