Thursday, April 9, 2009

Surah Ali-'Imran : 174-175



بِـــسْـــمِ اللهِ الرَّ حْــمَـــنِ الرَّحِـــيْـــمِ

فَاْ نْــقَــلـَـبُــواْ بِنـِـعْــمَــةٍ مِّــنَ اللهِ وَفَـــضْــلٍ لـَّــمْ يَــمْــسَـهُمْ سُـوءٌ
وَاْتَـبَـعُـواْ رِضْـوانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَـضْـلٍ عَـظِـيْـمٍ

(فَــاْنْـقَـلَـبُــواْ بِــنِـعْـمَــةٍ مِّـنَ اللهِ وَفَـضْـلٍ) "Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah". Iaitu Allah mengembalikan mereka dari peperangan dengan mendapat nikmat keselamatan serta limpah kurnia dan ganjaran pahala dari Allah.

(لَـمْ يَـمْـسَـهُـمْ سُـوءٌ) "Tanpa mendapat kecelakaan", baik luka ataupun kematian.


(وَتَّـبَـعُـواْ رِضْـوَانَ اللهِ) "Dan mereka mengikuti keredhaan Allah". Iaitu dengan mentaati Allah dan Rasulnya supaya keluar berperang. (وَاللهُ ذُو فَـضْـلٍ عَـظِـمٍ) "Dan Allah mempunyai kurnia yang maha besar". Terhadap orang yang taat kepada perintahnya.


اِنّـمَـا ذَالِـكُـمُ الشَّيْـطَا نُ يُـخَـوِّ فُ اَوْلِـيَـآءَهُ فَـلاَ تَــخَــا فُـو هُـمْ وَخَـافُـونِ اِنْ كُـنْـتُـمْ مُـؤُ مِـنِـيْـنِ


(اِنَّـمَـا ذَالِـكُـمُ الـشَّـيْـطَا نُ يُخَـوِّفُ اَوْلِـيَــآءَهُ) "Sesungguhnya mereka itu ialah syaitan yang menakut-menakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang kafir)". Iaitu, sesungguhnya syaitanlah yang membesar-besarkan kawan-kawannya dan menimbulkan kesan seolah-olah mereka itu kuat, perkasa, hebat, dan berkuasa memberi manfaat juga mudarat. Dengan begitulah syaitan dan kawan-kawannya menakut-nakutkan kamu serta menanamkan perasaan pada diri kamu bahawa mereka memiliki kekuatan dan pengaruh.



(فَـلاَ تَـخَــا فُــوهُــمْ وَخَــافُــونِ إِنْ كُــنْـتُــمْ مُؤْ مِــيْــنَ) "Maka janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman". Yakni janganlah kamu takut kepada syaitan dan kawan-kawannya, maka takutlah kepada Allah kerana hanya Allah yang mempunyai kekuatan, yang berhak ditakuti dan berkuasa memberi manfaat dan mudarat, jika kamu benar-benar beriman.


21 comments:

Ayu_gorgeous said...

trima kasih sbb jd follower..salam perkenalan dan salam ukhuwah...

ukhti said...

salam,..ukhawah! keep blogging.. moga dapat manfaatkan sme pihak!

FiShEr.. said...

aslm.
thankz follow blog saya..
saya harap awak tulisla sumtin about agama..
bolehla saya blajar lebih mdalam..

NuR said...

assalamualaikum.
terima kasih jd follower dan ziarah blog sy..

syukran...

Izzan Fahat said...

syukran ats ziarah antum ke blog ana...:)smga Allah mrahmati mu..

Ibu Ayra said...

salam, tima kasih coz jadi follower blog saya...

☂♥me♥☂ said...

syukran..jd follower blog saye..
erm...=)..kumen2 laa...k

cdiq said...

nak mintak email anta kat blog sye yer..

Sidratul Muntaha said...

salam
please vote me as supermummy amazing blogger award at the top banner in my blog!
thanks in advance.

Nafisah said...

salam..
thanx 4 d ziarah..

tiqaxu said...

assalamualaikum...^_^

Anonymous said...

salam ziarah..:}

~kaSiH aLdiNaa~ said...

salam ziarah
trima kasih sbb follow blog sy...

kandot65 said...

Salam. Nice blog. T.ksh kerana singgah. Salam ukhuwah dari ana.

dcrysz said...

thanks sebb jd follower saya....

ajeng said...

Thanks sudah follower.. Buka blog ini jadi nyadar,betapa selama ini masih jauh dari yg namanya jalan Takwa.. Keep sharing yach?

dayang_na said...

salam ukhuwah.. trima kasih sudi jenguk n jd my blog follower.

aNa said...

thanx jd follower sy..nice blog..

iftiey said...

teringat pula ifti psl tafsir al-quran yg ifti beli
dulu
ifti setiap kali baca quran--setakat tu je lah
hingga satu hari
bila ifti dah mula nak berubah
ifti terfikir
ifti baca al-quran maksud tak phm
mcm sia2
so beli tafsir ni
skang ni dh jadi wajib
lps baca quran, kena baca tafsir
anyway
good blog
sbb ada terjemahan nya skali..

ain said...

salam...terima kasih singgah blog akak. semoga sesama kita dpt berkongsi ilmu.

Ex Starians said...

Aslkum,

Banyak munafaatnya..TQ

There was an error in this gadget