بِــسْـمِ اللهِ الـرَّ حْــمـنِ الــرَّ حِــيْــمِ
الَّـذِيْـنَ اسْـتَـجَــا بـُواْ لِلهِ وَاْلـرَّسُــولِ مِـنْ بَـعْـدِ مَــآ أَصَـابَـهُـمُ الْـقَـرْحُ
لِـلَّـذِيْـنَ أَحْـسَـنُواْ مِـنْـهُـمْ وَاْ تَّـقَـوْاْ أَجْـرٌ عَـظِـيْـمٌ
(الَّـذِيْـنَ اسْـتَـجَــابُــواْ لِلهِ وَاْلـرَّسُـولِ) "Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya; supaya keluar untuk berperang". (مِـنْ بَـعْـدِ مَــآ أَصَــابَــهُــمُ الْـقَــرْحُ) "Setelah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud)". (لِـلَّــذِيْــنَ أَحْــسَــنُـواْ مِــنْــهُــمْ) "Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka". (وَاْ تَّــقَــوْاْ أَجْــرٌ عَــظِــيْــمٌ) "Dan yang bertakwa tersedia pahala yang besar".
اْلَّـذِيْـنَ قَـالَ لَـهُـمُ الـنَّـاسُ إِنَّ الـنَّـاسَ قَـدْ جَــمَـعُـواْ لَــكُـمْ فَـاْخْــشَـوْهُــمْ فَــزَادَ هُــمْ إِيْــمَــانًــا
وَقَــالُــواْ حَــسْــبُـنَـا اْللهٌ وَنِــعْـمَ الْــوَ كِيْــلُ
(اْ لَّــذِيْـنَ قَـالَ لَـهُــمُ الـنَّــاسُ اِنَّ الـنَّاسَ قَــدْ جَــمَــعُــواْ لَــكُــمْ فَــاْخْــشَـوْ هُـمْ فَــزَادَ هُـمْ إِيْــمَــانًــا) "Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) kepada mereka ada yang mengatakan, sesungguhnya manusia telah menghimpun pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka. Maka ucapan itu menambahkan keimanan mereka". Yakni orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasulnya, apabila mereka diancam dan ditakut-takutkan dengan bilangan musuh yang ramai yang akan menyerang mereka, akan tetapi mereka tidak gentar bahkan makin bertambah keimanan mereka.
(وَ قَـالــُوا حَــسْــنَـا اللهُ وَنِــعْــم الـْـوَ كِـيْــلُ) "Dan mereka menjawab cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".
Demikianlah gambaran sifat-sifat orang-orang yang mentaati Allah dan RasulNya apabila mereka ditakut-takutkan oleh orang lain bahawa musuh akan menyerang, mereka tidak merasa gerun menghadapinya bahkan makin bertambah iman mereka sambil berkata, "cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".
15 comments:
salam pknln
salam. tak taw nak bagitau kat mane. nak mintak tuan punye blog amek award. atas dasar ukhuwah insya allah =)
assalamualaikum..
terima kasih kerana sudi membaca blog saya..
tahniah atas blog yang baik ini.. =)
salam..
juge?
=)
seronok bce mksud2 ayat2 Al-Quran :)
Salam ukhuwah sesama Islam. Nice blog. Teruskan usaha murni awak.
Salam ukhuwah. Semoga info yang disampaikan dapat dikongsi bersama. Terima kasih ziarah AGK. Sedia juga untuk follow.
salam ukhwah
salam perkenalan..
leh amik iktibar dari surah ni...
salam kenalan sdr ameen,
Terima kasih menjadi pengikut catatan saya.
Salam Ziarah...nak bagitau ada award utk tuan punya blog...
alhamdulillah..info yg sgt baik..teruskan perjuangan anda..
Subahanallah...
hebat sungguh thp keimanan mereka pd RABB nya...
hrs menyimpan cita² y sama...
Insya'ALLAH...
assalamualaikum,
salam kenal,
post yang menarik.
mohon maaf baru datang.perkenalan dulu yap.
wassalam
Salam, teruskan menyebar dakwah dan kebaikan moga kita semua mendapat manfaat.
Post a Comment