Wednesday, November 30, 2011

AN-NAHL: 97


بسم الله الرحمن الرحيم

âمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْــزِيَنَّــهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْـسَنِ مَا كَانُوا يَعْــمَلُــونَá

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kapada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (an-Nahl :97)

Ini merupakan janji daripada Allah SWT bagi hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu amal yang berpandukan Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya Muhammad SAW. Maka Allah akan memberi mereka kehidupan yang baik di dunia dan mereka juga mendapat balasan yang lebih baik daripada amal mereka di akhirat. Kehidupan yang baik itu memperolehi rezeki yang baik dan halal di dunia serta mendapat pemeliharaan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Thursday, September 22, 2011

AL AHZAAB- 9

بسم الله الرحــمن الرحــيم

â يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْــكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُــنُودًا لَـمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِـيـرًا á

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat Allah (yang telah dikurniakan) kepadamu ketika bala tentera datang kepadamu, lalu Kami kirimkan kepada mereka angin taufan dan bala tentera yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan adalah Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ahzaab: 9)

Thursday, September 8, 2011

AL BAQARAH 7

بــسـم الـله الـر حـمـن الـرحــيم

خَـتَمَ اللَّهُ عَـلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِـشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَـظِيمٌ

“Allah telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka seksa yang amat besar.” (Baqarah:7)



Sunday, September 4, 2011

AL FURQAAN 1-2

“Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. Yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya dan Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat.”