Friday, March 20, 2009

Surah Ali-'Imran : 26-27



بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ

قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ
وَتُذِ لُّ مَنْ تَشَآءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلى كَلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ


(قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ) "Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." Maksudnya, Engkaulah yang mempunyai kuasa pemerintahan terhadap semua ciptaanMu dan Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki di antara makhluk-makhlukMu.


(وَتَنْـزِعُ الْـمُلْكَ مـِمَّنْ تَشَـآ وَتُـعِزُّ مَـنْ تَشّـآءُ) "Dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki." Iaitu dengan memberinya kemuliaan itu.


(وَتُــذِلُّ مَــنْ تَشَــآءُ)" Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.; Iaitu dengan mencabut kemuliaan darinya.

(بِــيَــدِكَ الْــخَيْــرُ) "Di tangan Engkaulah segala kebajikan(إِنَّــكَ عَــلَى كُــلِّ شَـــيْءٍ قَــدِيْــرٌ)" Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa atas segala sesuatu.


تُ
ــولِجُ الَّــيْـلَ فِــي النَّــهَا رِ وَتُــولِــجُ الــنَّهَــارَ فِــى الَّيْــلِ وَتُــخْــرِجُ الْــحَيَّ مِــنَ الْمــيِّتِ وَتُخْــرِجُ الْــمَيِّــتَ مِــنَ الْحَــىِّ
وَتَــرْزُقُ مَــنْ
تَــشَــآءُ بِــغَيْــرِ حِسَـــابٍ

(تُــوالَّجُ الَّـــيْلَ فِــى النَّـــهَارِ وَتُــولِــجُ النَّــهَـــارَفِــى الـَّيْــلِ) "Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam." Maksudnya Tuhan mengambil waktu dari yang berwaktu panjang, lalu menambahkannya ke dalam yang berwaktu pendek sehingga waktu siang dan malam menjadi seimbang.

(وَتُــخْــرِجُ الْــحَــيَّ مِــنَ الْمَــيِّتِ) "Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati." Misalnya, manusia dari sperma, burung dari telurnya, tanaman dari biji-bijian dan seumpamanya. (وَتُــخْرِجُ الْمَــيِّـتَ مِــنَ الْــحَــىِّ) "Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup." Seperti sperma dari manusia, telur dari burung, biji-bijian dari tanaman.

(وَتَــرْزُقُ مَــنْ تَشَــآءُ بِــغَــيْــرِ حِــسَابٍ) "Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki sehingga tak terhitung." Iaitu kurniaan rezeki yang luas dan amat banyak.

Thursday, March 5, 2009

Surah Ali-'Imran : 18-19

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


شَهِدَ اللهُ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّهُوَ وَالْمَلاَ ئِكَة وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَآئِمًا بِالْقِسْطِ



(شَهِدَ اللهُ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّهُوَ وَالَمَلاَ ئِكَةُ وَاُوْلُوا الْعِلْمِ) "Allah bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, begitu juga para malaikat dan orang-orang berilmu" Iaitu Allah menjelaskan dan memberitahu kepada sekalian makhlukNya tentang keesaanNya; bahawa Dia sahaja Tuhan bagi seluruh makhluk. Begitu juga para malaikat dan ahli-ahli ilmu (dari kalangan para nabi, orang-orang beriman) mengakui dan menegaskan akan penyaksian itu, samada dengan keyakinan maupun dengan perkataan berdasarkan dalil-dalil ciptaanNya serta ayat-ayatNya. (قَآئِمًا بِالْقِسْطِ) "Yang menegakkan keadilan". Iaitu menegakkan keadilan dalam mentadbir seluruh alam dengan seadil-adilnya, dalam segala hal dan keadaan.



لآَ إِلَهَ إِلاَّهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيمُ


(
لآَاِلَهَ اِلاَّهُوَ) "
Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi melainkan Dia". (الْعَزِيْزُ الْحكيمُ) "Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Iaitu, Perkasa di dalam kerajaanNya dan Bijaksana dalam ciptaan dan ketetapanNya.


إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلاَمُ

(إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ اْلأِسْلاَمُ)" Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanya Islam." Maksudnya Allah memberitahu bahawa Dia tidak menerima dan meredhai agama lain selain Islam: yang dibawa oleh para rasul dan dibina atas dasar ketauhidan.




وَمَااخْتَلَفَ الَّذِ يْنَ اُتُوا الْكِتَابَ إِلاَّمِنْ بَعْدِ مَاجَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ


(وَمَااخْتَلَفَ الَّذِيْنَ أُوتُوا الْكِتَابَ) "Tidak berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab" (إِلاَّ مِنْ بَعْدِ مَاجَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ) "Melainkan sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka". Iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berselisih dalam agama Islam dan kenabian Muhammad SAW, walhal mereka telah mengetahuinya di dalam kitab-kitab mereka sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, perselisihan tetap berlaku kerana wujud hasad dengki dikalangan mereka.


وَمَنْ يَكْفُرْ بِئَا يَاتِ اللهِ فَإِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ


(وَمَنْ يَكْفُرْ بِئَا يِاتِ اللهِ فَإِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابْ) "Barangsiapa engkar terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hisab-Nya". Bermaksud; itu adalah janji dan peringatan kepada sesiapa yang menolak dan engkar akan ayat-ayat Allah, maka Allah amat segera menghitung dan membalasnya.

Sunday, March 1, 2009

Surah Al-Baqarah : 255

بسم الله الرّحمن الرّحيم

(اللّهُ لآَإِلَهَ إِلاَّهُوَ )


(اللهُ لآإِلَهَ إِلاَّهُوَ)"Allah tidak ada Tuhan (yang berhak di ibadahi) melainkan Dia"yang demikian itu memberitahu, bahawasanya Allah lah yang Tunggal dalam uluhiyahNya bagi seluruh makhlukNya.

(الْحَيُّ الْقَيُّومُ)


(الْحَيُّ الْقَيُّومُ)" yang Maha Hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya" maksudnya yang hidup kekal dan tidak akan mati selama-lamanya, yang mengendalikan semua yang ada. Dengan yang demikian, semua yang ada di dunia ini sangat memerlukanNya, sedangkan Dia sama sekali tidak memerlukan mereka, tidak akan tegak semua itu tanpa ada perintahNya, yakni bumi dan langit serta isinya ada dengan kehendakNya.
لاَتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَنَوْمُ


(لاَتَأْ خُذُهُ سِنَةٌ وَلاَنَوْمُُ)" Tidak mengantuk dan tidak pula tidur" iaitu suci dari sifat kekurangan, kelengahan dan kelalaian dalam mengurus makhlukNya. Bahkan Dia sentiasa mengatur, mengurus dan memperhati apa yang dikerjakan oleh setiap hamba-hambaNya. Dan Dia sentiasa menyaksikan segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dariNya. Dia tidak dikuasai oleh mengantuk dan juga tidak tidur .



(لَهُ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي الأَرْض)

(لَهُ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي الأَرْضِ)" Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi."Yakni Allah menyatakan bahawa semua makhluk ini adalah hamba Nya dan berada di dalam kerajaan Nya, dengan kehendak Nya dan juga kekuasaan-Nya.



(مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلاَّبِإِذْنِهِ)


(مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّبِإِذْنِهِ)"Tiada yang dapat memberi syafa’at.di sisi Allah tanpa izin Nya.

Ini merupakan keagungan, keperkasaan dan kebesaran Allah, yang mana tidak seorang pun yang dapat memberikan syafa’at kepada orang lain kecuali dengan keizinan-Nya.


(يَعْلَمُ مَابَيْنَ أَيْديهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ )


(يَعْلَمُ مَابَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ)"Allah mengetahui apa apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka." Yang demikian itu sebagai bukti yang menunjukkan bahawa ilmu Nya meliputi segala yang ada; maupun yang lalu,kini,dan yang akan datang.



(وَلاَيُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّبِمَا شآءَ)


(وَلاَيُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إلاَّبِمَا شَآءَ)"Dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang di kehendaki Nya " Yakni tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui sedikit pun dari ilmu Allah kecuali yang telah di ajar dan di beritahu oleh Allah kepada nya.


(وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ)


(وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ) "Kursi Allah meliputi langit dan bumi."Ibnu Abi Hatim menceritakan dari Ibnu Abbas; beliau mengatakan kursi Allah ialah ilmuNya.


(وَلاَيَئُودُهُ حِفْظُهُمَا)

(وَلاَيَئُودُهُحِفْظُهُمَا)"Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya." iaitu ; Dia tidak merasa keberatan dan keletihan untuk memelihara langit, bumi,dan semua yang ada di antara keduanya. Bahkan bagiNya, semua nya itu merupakan suatu hal yang mudah dan ringan.


(وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ)

(وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ)"Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"
There was an error in this gadget