Thursday, March 5, 2009

Surah Ali-'Imran : 18-19

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


شَهِدَ اللهُ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّهُوَ وَالْمَلاَ ئِكَة وَأُوْلُوا الْعِلْمِ قَآئِمًا بِالْقِسْطِ



(شَهِدَ اللهُ اَنَّهُ لآاِلَهَ اِلاَّهُوَ وَالَمَلاَ ئِكَةُ وَاُوْلُوا الْعِلْمِ) "Allah bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia, begitu juga para malaikat dan orang-orang berilmu" Iaitu Allah menjelaskan dan memberitahu kepada sekalian makhlukNya tentang keesaanNya; bahawa Dia sahaja Tuhan bagi seluruh makhluk. Begitu juga para malaikat dan ahli-ahli ilmu (dari kalangan para nabi, orang-orang beriman) mengakui dan menegaskan akan penyaksian itu, samada dengan keyakinan maupun dengan perkataan berdasarkan dalil-dalil ciptaanNya serta ayat-ayatNya. (قَآئِمًا بِالْقِسْطِ) "Yang menegakkan keadilan". Iaitu menegakkan keadilan dalam mentadbir seluruh alam dengan seadil-adilnya, dalam segala hal dan keadaan.



لآَ إِلَهَ إِلاَّهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيمُ


(
لآَاِلَهَ اِلاَّهُوَ) "
Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi melainkan Dia". (الْعَزِيْزُ الْحكيمُ) "Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Iaitu, Perkasa di dalam kerajaanNya dan Bijaksana dalam ciptaan dan ketetapanNya.


إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ الْإِسْلاَمُ

(إِنَّ الدِّيْنَ عِنْدَ اللهِ اْلأِسْلاَمُ)" Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah hanya Islam." Maksudnya Allah memberitahu bahawa Dia tidak menerima dan meredhai agama lain selain Islam: yang dibawa oleh para rasul dan dibina atas dasar ketauhidan.




وَمَااخْتَلَفَ الَّذِ يْنَ اُتُوا الْكِتَابَ إِلاَّمِنْ بَعْدِ مَاجَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ


(وَمَااخْتَلَفَ الَّذِيْنَ أُوتُوا الْكِتَابَ) "Tidak berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab" (إِلاَّ مِنْ بَعْدِ مَاجَآءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ) "Melainkan sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka". Iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani telah berselisih dalam agama Islam dan kenabian Muhammad SAW, walhal mereka telah mengetahuinya di dalam kitab-kitab mereka sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, perselisihan tetap berlaku kerana wujud hasad dengki dikalangan mereka.


وَمَنْ يَكْفُرْ بِئَا يَاتِ اللهِ فَإِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابِ


(وَمَنْ يَكْفُرْ بِئَا يِاتِ اللهِ فَإِنَّ اللهَ سَرِيْعُ الْحِسَابْ) "Barangsiapa engkar terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah amat segera hisab-Nya". Bermaksud; itu adalah janji dan peringatan kepada sesiapa yang menolak dan engkar akan ayat-ayat Allah, maka Allah amat segera menghitung dan membalasnya.

6 comments:

AKU ANAK GURUN said...

TQ follow, teruskan menulis demi kebenaran

Razak said...

Salam...teruskan perjuangan

Zaiazmah Azri Zarkasi said...

hai thnks follow :)

Anonymous said...

assalamualaikum....teruskan perjuangan anda

Anonymous said...

boleh tau ni siapa? :)

Runnitaf said...

sy brsyukur dilahirkn sbg seorng Islam.
alhamdulillah..:)

Share It