Wednesday, May 13, 2009

Surah Ali -' Imran : 170 - 171




بـِسْــمِ اللهِ الــرَّ حْــمَــنِ الـــرَّ حِـــيْـــمِ



وَ لاَ تَـحْـسَـبَـنَّ الــَّذِ يْـنَ قُـتِـلـُوا فِـى سَــبِــيْــلِ اللهِ أَمْــوَا تَـا

بَـلْ أَ حْـيَـآءٌ عِـنْـدَ رَبِّـهِـمْ يُــرْ زَقُــونَ


( وَ لاَ تَـحْـسَـبَـنَّ الــَّذِ يْـنَ قُـتِـلـُوا فِـى سَــبِــيْــلِ اللهِ أَمْــوَا تَـا ) "Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati" ( بَـلْ أَ حْـيَـآءٌ عِـنْـدَ رَبِّـهِـمْ يُــرْ زَقُــونَ ) "Bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki".

Para syuhada itu adalah manusia seperti kita. Mereka terbunuh, kehidupan telah meninggalkan mereka dan mereka pun meninggalkan kehidupan ini sebagaimana yang telah kita ketahuinya, tetapi kerana mereka terbunuh di jalan Allah maka mereka tetap hidup di sisi-Nya dengan mendapat rezeki sebagaimana orang hidup.

Ibnu 'Abbas berkata: Rasulullah bersabda, "Ketika saudara-saudara kamu mendapat musibah (mati syahid di jalan Allah) perang Uhud, Allah telah menempatkan arwah mereka dalam perut burung hijau yang mendatangi sungai-sungai di Syurga dan makan dari buah-buahannya serta kembali ke pelita yang terbuat dari emas di bawah naungan 'Arsy. Ketika mereka mendapat makan dan minum dan tempat kembali yang baik, mereka berkata: Andainya saudara-saudara kami mengetahui apa yang diperbuat oleh Allah terhadap kami nescaya mereka tidak akan menolak untuk berjihad dan tidak pula takut dari berperang. Maka Allah pun berfirman: 'Aku akan menyampaikan kepada mereka mengenai keadaan kamu'. Lalu Allah menurunkan ayat: "Janganlah kamu mengira bahawa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati bahkan mereka hidup di sisi Rabb-nya dengan mendapat rezeki". Dan ayat-ayat selepasnya". ( HR. Imam Ahmad )


فَـرِحِـيْـنَ بِـمَـآ ءَاتَاهُـمُ اللهُ مِـنْ فَـضْـلِـهِ وَيَـسْـتَـبْـشِـرُونَ بِـالَّـذِيْـنَ
لَـمْ يَـلْـحَـقُـواْ بِـهِـم مِّـنْ خَـلْـفِـهِـمْ أَلاَّ خَـوْفٌ عَـلَـيْـهِـمْ وَلاَهُــمْ يَـحْـزَنُـونَ


فَـرِحِـيْـنَ بِـمَـآ ءَاتَاهُـمُ اللهُ مِـنْ فَـضْـلِـهِ) "Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikanNya kepada mereka". ( وَيَـسْـتَـبْـشِـرُونَ بِـالَّـذِيْـنَ لَـمْ يَـلْـحَـقُـواْ بِـهِـم مِّـنْ خَـلْـفِـهِـمْ ) "Dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka". ( أَلاَّ خَـوْفٌ عَـلَـيْـهِـمْ وَلاَهُــمْ يَـحْـزَنُـونَ ) "Bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".

Para syuhada' yang terbunuh di jalan Allah tetap hidup disisi Tuhannya dan mereka merasa gembira atas kenikmatan dan kesenangan bersama saudara-saudara mereka yang terbunuh setelah mereka berjihad di jalan Allah, kerana mereka dipertemukan dengan saudara-saudara mereka. Dan mereka tidak pernah takut terhadap apa yang ada di hadapan mereka dan tidak pula bersedih atas apa yang mereka tinggalkan.


يَـسْـتَـبْـشِـرُونَ بِـنِـعْـمَـةٍ مِّـنَ اللهِ وَفَـضْـلٍ وَأَنَّ اللهَ لاَ يُـضِــيْــعُ اَجْــرَ اْلْـمُـؤْ مِـنِـيْـنَ


( يَـسْـتَـبْـشِـرُونَ بِـنِـعْـمَـةٍ مِّـنَ اللهِ وَفَـضْـلٍ) "Mereka bergirang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah". ( وَأَنَّ اللهَ لاَ يُـضِــيْــعُ اَجْــرَ اْلْـمُـؤْ مِـنِـيْـنَ ) "Dan bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang orang yang beriman".

Mereka merasa senang hati kerana dipenuhi apa yang telah dijanjikan serta diberikan kepada mereka pahala yang besar.


There was an error in this gadget