Wednesday, November 30, 2011

AN-NAHL: 97


بسم الله الرحمن الرحيم

âمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْــزِيَنَّــهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْـسَنِ مَا كَانُوا يَعْــمَلُــونَá

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kapada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (an-Nahl :97)

Ini merupakan janji daripada Allah SWT bagi hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu amal yang berpandukan Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya Muhammad SAW. Maka Allah akan memberi mereka kehidupan yang baik di dunia dan mereka juga mendapat balasan yang lebih baik daripada amal mereka di akhirat. Kehidupan yang baik itu memperolehi rezeki yang baik dan halal di dunia serta mendapat pemeliharaan dan keredhaan daripada Allah SWT.

7 comments:

Anonymous said...

Tuhan Yang Penyayang menyeru hambaNya supaya mencari kebahagian dunia & akhirat berpandukan petunjukNya...fikir fikirkanlah

McChrome said...

Orang Islam hari ini, otak mereka telah dijajah oleh idealogi barat yang jauh daripada manhaj al-Quran. Oleh sebab itu mereka berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia yang sementara dan mereka juga lalai untuk menghayati ajaran Allah dan rasulNya yang boleh membahagiakan mereka di akhirat kelak.

Nia said...

Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah...

Ranjau Kehidupan said...

Manusia sekarang lebih mementingkan kehidupan dunia berbanding kehidupan di akhirat.

solah said...

Sama-samalah kita nasihat menasihati sesama insan supaya dapat mantapkan iman.

Anonymous said...

IMAN + ILMU + AMAL KUNCI KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT.

Anonymous said...

Allah itu Maha Penyayang kepada hamba2Nya yg beriman n beramal soleh....dan memberi mereka kehidupan yg baik di dunia&akhirat....jd... moralnya...jgn libatkan diri dgn perkara2 yg xbermoral...rasuah, ambil hak org dan bla...bla...