Monday, October 1, 2012

Al Fatihah : 5



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. )

    اِيَّاكَ نَعْبُدُ   (Hanya kepada Engkau kami menyembah) Maksunya, Ya Allah, kepada Engkaulah kami tunduk, patuh dan merendah diri serta kami mengakui bahawa Engkaulah Tuhan kami.

     وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  (dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.) Maksudnya, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan untuk menyembah-Mu, mentaati-Mu dan  dalam segala urusan kami.
 Sesungguhnya inilah 'aqidah orang mukmin, mereka membebaskan dirinya daripada seluruh bentuk perhambaan kepada sesama manusia dan hanya menjadi hamba kepada penciptanya.





5 comments:

Unknown said...

manusia itu akan benar-benar bebas daripada segala peraturan dan undang-undang ciptaan manusia zalim yang tidak berpandukan wahyu Allah apabila mereka hanya menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah dan sedikit pun tidak berharap kepada selainNya.

Hidayah said...

Sebagai hambaNya yang lemah lagi hina, kita disarankan memohon hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT setiap masa ...kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mamberi Petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya....mudah2an kita termasuk di dalam kalangan mereka yang bertuah itu.....

Anonymous said...

Melaksanakan setiap ibadah ikhlas hanya kerana Allah mampu menyelamatkan kita daripada mensyirikkanNya dengan sesuatu dan kita tidak menjadi hamba kepada sesama makhluk, sejajar dengan ikrar yang kita ucapkan dalam solat; ‘hanya kepadaMu kami beribadah’, bertawakkal dan memohon pertolongan. Dirikanlah solat semoga solat kita menjadi benteng daripada setiap kemurkaan Allah SWT.

Ranjau Kehidupan said...

Dalam segala urusan, sebagai hamba Allah kita haruslah memohon petunjuk jalan kebenaran dan menjauhi jalan kebatilan kepada Allah Taala.

Unknown said...

Yakinlah Allah pasti mengabulkan setiap permohonan hambaNya kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.