Thursday, September 6, 2012

Al-Fatihah: 4


بِسمِ الله الرّحمٰنِ الرّحيمِ
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
( Pemilik hari pembalasan. )
Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua makhluk. Mereka akan mendapat balasan sesuai dengan amalannya. Jika amalannya baik maka balasannya pun baik. Jika amalannya buruk maka balasannya pun buruk kecuali bagi mereka yang mendapat keampunan.

7 comments:

Nia said...

Manusia yang percaya bahawa setiap perbuatannya akan diadili dan diberi balasan di Akhirat, sudah pasti akan menjalani kehidupannya berdasarkan sirratolmustaqin. Mereka juga akan bersungguh-sungguh berjuang dan berusaha untuk menegakkan kebenaran dan mendokong segala kebaikan di dunia ini dengan harapan akan mendapat ganjaran dan keredhaanNya di Hari Pembalasan kelak.

Hisein said...

Manusia yang percaya kepada alam akhirat dan manusia yang tidak percaya kepada alam akhirat mempunyai titik perbezaan dari segi akhlak, perasaan, kelakuan dan amalannya. Oleh itu, mereka ini tidak dapat bersama dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kerana perbezaan akidah ini.Inilah persimpangan jalan hidup di antara mereka.

mohd hilmi said...

Ayat ini merupakan asas kepada akidah dan mempunyai kesan yang amat mendalam bagi seluruh hidup manusia, iaitu kepercayaan yang sepunuhnya kepada hari akhirat. Kata-kata “yang menguasai” atau “penguasa” membayangkan puncak kuasa yang paling tinggi. “Hari Pembalasan” ialah hari penentuan balasan di Akhirat. Ramai orang yang percaya kepada Uluhiyah ‘ketuhanan’ Allah dan pencitaanNya terhadap alam ini, namun demikian mereka tidak percaya kepada Hari Balasan.

Anonymous said...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Anonymous said...

Yang tak mahu bermasalah selepas mati buat baik dan jangan buat jahat sebelum mati

Unknown said...

Orang yang percaya kepada hari pembalasan pasti akan sentiasa melaksanakan segala Perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.....

Anonymous said...

Percacaya pada hari pembalasan adalah rukun iman. Ini bererti seorang muslim itu percaya setelah tamat alam dunia masih ada alam akhirat.