Thursday, August 9, 2012

Al FATIHAH-3


بِسمِ الله الرّحمٰنِ الرّحيمِ

الرَّحْمٰنِ الرّحِيمِ

(Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih)

Kedua-dua sifat ini meliputi semua pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam semua keadaan dan lapangannya. Ayat ini diulang sekali lagi di tengah-tengah surah ini untuk menegaskan sifat yang jelas dan terang daripada konsep Rububiyyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dan makhluk-makhlukNya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merasangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan fitrah terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu.

4 comments:

Nia said...

Orang yang betul-betul merasai kenikmatan nikmat yang diperolehinya akan menyedari mana datangnya nikmat tersebut dan dia akan melahirkan rasa kesyukurannya kepada Rabbnya Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih dengan penuh keikhlasan dan rasa rendah diri.

Anonymous said...

Syukur ya Allah atas segala nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepada kami...Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Anonymous said...

Kita hidup dengan rahmatNya tanpa rahmatNya kita tak dapat hidup dan membina kehidupan ini. Namun kita sentiasa lalai daripada mensyukurinya.

Anonymous said...

Orang yang merasai nikmat ini akan sentiasa bersyukur kepada Tuhannya,

There was an error in this gadget