Thursday, April 19, 2012

AL FATIHAH-2


اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعٰلَمِينَ (٢).

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Bisyr bin 'Imarah meriwayatkan daripada adh-Dhahak daripada Ibnu 'Abbas: اَلْحَمْــدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰــمِـيـنَ Ertinya, segala puji bagi Allah pemilik seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya, samada yang kita ketahui mahu pun yang kita tidak ketahui.

2 comments:

Anonymous said...

"Segala puji bagi Allah" inilah perasaan  yang melimpah masuk ke dalam hati orang mukmin, hanya semata-mata ingat kepada Allah. Oleh sebab, keberadaannya sejak awal adalah limpahan daripada sekian limpahan nikmat Ilahi yang menghimpun pujian dan sanjungan. Dalam setiap kerdipan mata, dalam setiap pandangan, dalam setiap langkah sentiasa diiringi dan disertai nikmat-nikmat Allah. Maka, mengucapkan "Alhamdulillah " merupakan salah satu kaedah di antara kaedah-kaedah tashawwur Islam. Di samping itu, melimpah pulalah kurnia Allah kepada orang mukmin apabila mengucapkan "Alhamdulillah ".

Anonymous said...

Ketuhanan yang mutlak tidak berbelah bagi kepadaNya "الحدلله ربّ العالمين