Tuesday, December 9, 2008

Surah Al-Baqarah : 285-286


بسم الله الرّ حمن الرّحِيم

ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ

(ءَامَنَ الْرَّسُلُ بِمَا اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهِ)"Telah beriman Rasul kepada al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dari Rabb nya " (وَالْمُؤْمِنُونَ)" Demikian juga orang orang yang beriman."


كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَنُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ


(كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ)"Semuanya telah beriman kepada Allah, malaikat- malaikatNya, kitab- kitabNya dan rasul- rasulNya (لاَنُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهِ) "Kami tidak membeza- bezakan antara seseorang pun di antara rasul- rasul Nya." Dengan demikian itu orang -orang mukmin beriman kepada Allah, bahawa tiada yang bersifat dengan segala hakikat ketuhanan melainkan Allah. Dan mereka beriman kepada malaikat- malaikat Nya, semua nabi dan rasul Nya dan kitab-kitab Nya.

وَقَاَلُو سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

(وَقَالُواسَمِعْنَا وَأَطَعْنَا)"Dan mereka berkata ,Kami mendengar dan kami taat." Maksudnya, kami mendengar apa yang diperintahkan kepada kami dan kami beramal dengannya. (غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَلَيْكَ الْمَصِيْرُ) "Ampunilah kami, wahai Tuhan kami, kepadaMu tempat kami kembali." Maksudnya, kepada Allah tempat kembali iaitu pada hari kiamat.

لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَاكَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااكْتَسَبَتْ

(لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا) " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" yakni , Allah tidak akan membebani seseorang di luar keupayaannya, dan ini merupakan kebaikan, kelembutan dan kasih sayang Allah terhadap hamba Nya. (لَهَا مَاكَسَبَتْ) "Ia mendapat pahala dari apa yang di usahakannya." Iaitu mendapat pahala dari amal kebaikannya. (وَعَلَيْهَا مَااكْتَسَبَتْ) "Dan ia mendapat dosa dari hasil kejahatannya." Iaitu mendapat dosa dari kejahatan yang dikerjakannya. Maka seseorang itu tidak akan menerima hukuman dari apa yang tidak dilakukannya.

رَبَّنَا لاَتُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَّسِينَآ أَوْأَخْطَأْنَا

(رَبَّنَا لاَتُؤَا خِذْ نَآ)" Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum." (اِنْ نَّسِينَآ اَوْ اَخْطَأْنَاَ) " Jika kami lupa atau tersalah." Iaitu, sekiranya kami meninggalkan suatu kewajiban, melakukan sesuatu kesalahan atau mengerjakan perbuatan haram kerana sesungguhnya kami lupa atau tidak mengetahuinya.


رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَي الَّذِيْنَ مِن قَبْلِنَا

(رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا اِصْرًا) " Wahai Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat." (كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَي الَّذَ يْنَ مِن قَبْلِنَا) "Sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami." Maksudnya, janganlah Engkau membebani kami dengan amal-amal yang berat walaupun kami mampu menunaikannya, sebagaimana yang telah Engkau syari’atkan kepada umat umat yang terdahulu sebelum kami.

رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
(رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَالاَ طَاقَةَ)"Wahai Tuhan kami, janganlah kamu pikulkan kepada kami apa yang tidak berdaya oleh kami." (لَنَا بِهِ) "kami memikulnya." Iaitu berupa kewajiban, berbagai-bagai macam ujian.


وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا اَنْتَ مَوْلاَنَا فَنْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

(وَاعْفُ عَنَّا)"Berikanlah kemaafan kepada kami." Iaitu memohon keampunan bagi dosa-dosa kami yang Engkau ketahui antara kami dengan Mu. (وَاغْفِرْ لَنَا)" Ampunilah kami." Iaitu dosa-dosa yang pernah terjadi di antara kami dengan hamba-hamba Mu. (وَارْحَمْنَا)" Dan berikanlah rahmat kepada kami." Iaitu pada segala hal yang akan datang. Maka janganlah Engkau menimpakan kami ke dalam dosa-dosa yang lain. (اَنْتَ مَوْ لاَنَا) "Engkaulah penolong kami." Maksudnya Engkaulah pelindung dan pembela kami. KepadaMu lah kami mengadu dan memohon pertolongan.
(فَنْصُرْ نَا عَلَي القَوْمِ الْكَافِرِيْنَ)" Maka tolonglah kami terhadap orang orang yang kafir." Iaitu, tolonglah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.



12 comments:

piKOk said...

salam ukhuwah..:)

Anonymous said...

quran cahaya hidup kita

*nadzirah binti tajul molok* said...

salam...
thanx 4 following..

=)

Sy@FizZ said...

Assalamualaikum....
thanx 4 folloming..
salam perkenalan...

AKU ANAK GURUN said...

TQ following me

Anonymous said...

salam ukhuwah

fieqa said...

salam ziarah..syukran for following...

keep blogging..teruskan menulis..

ainurhaqimiey said...

salam ukhuwah

Emelea Hani$ said...

assalamualaikum,,,

terima kasih sbb f0ll0w bl0g sye...

salam ukhuwah~

Neng Rara said...

assalamualaikum,
mohon maaf baru kunjung balik.
salam kenal dulu dari neng rara ya.
tulisan yang menarik dan bermakna.
ijin follow juga ya
wassalam

qaisara said...

salam.sye nk minta izin copy surah al-baqarah

ameen ashraf said...

Salam. silakan

Share It