Sunday, July 5, 2009

Surah Al-Mu'minuun: 115 -118



بـــسْــمِ اللهِ الــرَّحمــنِ الــرَّحِــيــم

أَ فَــحَــسِــبْــتُــمْ اَ نَّــمَــا خَــلَــقْــنَــاكُــمْ عَــبَــثًا وَأَ نَّـكُـمْ إِلَــيْــنَـا لاَتُرْجَـــعُــونَ


( أَ فَــحَــسِــبْــتُــمْ اَ نَّــمَــا خَــلَــقْــنَــاكُــمْ عَــبَــثًا ) Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main sahaja.
Maksudnya apakah kamu mengira bahawa kamu diciptakan secara sia-sia, tanpa tujuan dan tanpa kehendak pula, sebagaimana diciptakan binatang tanpa pahala dan juga tanpa siksaan. Tetapi Kami ciptakan kamu untuk beribadah dan mengerjakan semua perintah Allah.

( وَأَ نَّـكُـمْ إِلَــيْــنَـا لاَتُرْجَـــعُــونَ ) Dan bahawasanya kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maksudnya kamu menyangka bahawa kamu tidak akan dikembalikan ke alam akhirat.



فَـتَـعَالىَ اللهُ الْـمَـلِـكُ الْـحَـقُّ لآ إِلهَ اِلاَّ هُوَ رَبُّ الْـعَـرْشِ الْـكـَــرِيْـمِ

( فَـتَـعَالىَ اللهُ الْـمَـلِـكُ الْـحَـقُّ ) Maka Maha Tinggi Allah Raja yang sebenarnya; Maksudnya Maha Suci Allah dari mencipta sesuatu dengan sia-sia, sesungguhnya Dia adalah Raja yang sebenarnya yang jauh dari semua itu.

( لآ إِلهَ اِلاَّ هُوَ رَبُّ الْـعَـرْشِ الْـكـَــرِيْـمِ ) Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Dia, Tuhan yang mempunyai 'Arsy yang mulia.



وَمَـن يَــدْعُ مَعَ اللهِ إِلاَهًـا ءَاخَـرَ لاَبُـرْهَـانَ لَـهُ بِـهِ فَإِ نَّـمَـا حِـسَـابُـهُ عِـنـدَ رَبِّـه

إِنَّـهُ لاَيُـفْـلِـحُ الْـكــَافِـرُونَ

( وَمَـن يَــدْعُ مَعَ اللهِ إِلاَهًـا ءَاخَـرَ لاَبُـرْهَـانَ لَـهُ بِـهِ ) Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu.


( فَإِ نَّـمَـا حِـسَـابُـهُ عِـنـدَ رَبِّـه ) Maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhan nya. Iaitu Allah yang akan memperhitungkan hal tersebut.


( إِنَّـهُ لاَيُـفْـلِـحُ الْـكــَافِـرُونَ ) Sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada beruntung. Iaitu di hadapan Allah pada hari kiamat kelak, orang-orang kafir itu tidak mendapat keberuntungan dan juga keselamatan.


وَقُـل رَّبِّ اغْـفِـرْ وَاْرْحَـمْ وَأَنْـتَ خَــيْـرُ الرَّحِـمِـيْـنَ

( وَقُـل رَّبِّ اغْـفِـرْ وَاْرْحَـمْ ) Dan katakanlah: Ya Rabb-ku berilah keampunan dan berilah rahmat. Iaitu memohan penghapusan dosa dan menutupinya, memohon meluruskan dan melembutkannya dalam ucapan dan perbuatan.


( وَأَنْـتَ خَــيْـرُ الرَّحِـمِـيْـنَ) Dan engkau adalah Pemberi Rahmat yang paling baik.


8 comments:

idyavie said...

Salam...nice blog...salam kunjung ke idyavie.blogspot.com & register as my follower TQ

Big M blog said...

Cooooooool Blog I love it..

skinny jeans said...

i love this blog:)

al-mankaraqi said...

Salam ziarah,

Selamat menyambut kemeriahan dan keberkatan Ramadhan al-mubarak.

Al-Mankaraqi

almankaraqi.blogspot.com

lanz_evo7 said...

sejuk ati ini bila menbaca blog ni.. g00d blogger. nice blog.

ibu wawa said...

Terima kasih menjadi followers blog saya. Kedua2 blog ni mempunyai byk ilmu di dalamnya yang boleh dihayati. Saya akan ikut blog ni.

MrMrsFaiz said...

Salam,
Terima kasih jadi follower di blog MrMrsFaiz.

Teringat surah Al-Mukminun kena hafal di sekolah dulu untuk SPM.

Qad aflahal mukminun. Alladzi nahum fi solatihin khosy'iun.

NURA said...

salam sobat
nice info dan artikelnya mantap,,,

ada AWARD sederhana untuk sobat,,,mohon diterima ya,,di blog NURANURANIKU,,trims.