Tuesday, July 29, 2008

Surah Al-Hasyr : 21-23



بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيمِ

لََوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْ أَنَ عَلي جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُِتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللّهِ وَتِلْكَ الأَمْثَلُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُون



( لَوْ أَنْزلْنَاهَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَشِعًا مُِّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللّهِ)" Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah."


Jika gunung yang keras dan perkasa, seandainya ia mempunyai akal yang dapat memahami makna Al Qur’an ini, lalu merenungnya, nescaya ia akan tunduk terpecah belah kerana rasa takut dan gerun kepada Allah. Lalu bagaimana wajarnya kamu, wahai sekalian manusia, apabila hati kamu tidak bersikap lunak, tunduk dan patuh kerana rasa takut kepada Allah, walhal kamu mempunyai akal yang dapat memahami perintah Allah dan merenung serta menghayati kitabNya.


Menerusi firman Allah Taala di atas, kita boleh mengambil iktibar betapa agung dan mulianya kedudukan Al-Qu’ran itu. Oleh itu, sewajarnya manusia yang mempunyai hati; tunduk dan patuh kepadanya serta berasa gerun mendengarnya. Ini kerana di dalamnya ada janji yang benar serta ancaman yang keras dari Allah S.W.T.


(وَتِلْكَ اْلأَمْثَلُ نََضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ)" Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."


Oleh yang demikian, Allah memerintah umat manusia dengan turunnya Al Qur’an kepada mereka, maka mereka hendaklah mengambilnya dengan rasa takut yang mendalam dan penuh kepatuhan.


هُوَاللّهُ الَّذِي لاَإِلَهَ اِلاَّهُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ


(هُوَاللّهُ الَّذِي لاَإَََََََِلَهَ اِلاَّهُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ )" Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata,


Maksudnya Allah berfirman bahawa tidak ada tuhan yang haq (berhak di ibadahi) melainkan Dia, kerana itu tidak ada Rabb melainkan hanya Dia, dan tidak ada pengabdian bagi semesta alam kecuali kepadaNya. Segala pengabdian selain dari-Nya adalah bathil, Dan bahawasanya Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata. Maknanya dia mengetahui seluruh ciptaan ini samada yang nyata oleh pandangan kita maupun yang tidak nyata. Tidak ada sesuatupun yang tersembunyi dariNya maupun di bumi ataupun di langit, kecil maupun besar bahkan sekecil-kecil semut yang berada di dalam kegelapan sekali pun.

(هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ)" Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang."


Ertinya, Dia adalah Rabb yang mempunyai sifat rahmat yang sangat luas dan mencakupi seluruh makhluk. Maka, Dia adalah yang Maha Pemurah di dunia dan di akhirat, juga Maha Penyayang di kedua alam tersebut.

هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلاَمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيْزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّايُشْكُون


(هُوَاللَّهُ الَّذِي لآَإِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ)" Dialah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Raja" Iaitu yang menguasai segala sesuatu, mengurus segalanya tanpa ada halangan dan rintangan.


(الْقُدُوسُ)" Yang Maha Suci", iaitu suci dari segala sifat-sifat yang tidak layak bagi keagungan dan kebesaranNya. (السَّلاَمُ)" Yang Maha Sejahtera" iaitu selamat (bebas) dari segala aib dan kekurangan, kerana kesempurnaanNya pada zat, sifat dan perbuatanNya.


(المُؤْمِنُ) "Yang Mengurniakan Keamanan" , bermaksud; memberi rasa aman dan tenang kepada makhlukNya bahawa Dia tidak menzalimi mereka dan membenarkan hamba-hambanya yang beriman dengan keimanan mereka kepadaNya. (المُهَيْمِنُ) "Yang Maha Memelihara", bermaksud; Yang Memantau (mengawasi) seluruh amal perbuatan makhlukNya. (العَزِيزُ) "Yang Maha Perkasa", yakni perkasa atas segala sesuatu dengan menguasai dan menundukkannya. Oleh yang demikian, Dia tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun kerana keperkasaan, keagungan, kemuliaan dan kebesaranNya.


(الجَبَّارُ) "Yang Maha Kuasa", yakni yang mengurus seluruh makhlukNya dan mengatur untuk kebaikan mereka. (المُتَكَبِّرُ) "Yang Memiliki Segala Keagungan", iaitu Maha Agung dari segala keburukan.(سُبْحَنَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُون )" Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan"

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأَسْمَآءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَافِى السَّمَِوَتِ وَاْلأَضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيمُ

(هُوَاللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ)" Dialah Allah Yang Mencipta, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada)" (المُصَوِّرُ) "Yang Membentuk rupa" yakni membentuk apa yang hendak diadakan menurut bentuk yang kehendakiNya. (لَهُ الأَسْماَءُ الْحُسْنَى)" Yang Mempunyai Nama-Nama yang paling baik." (يٌسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ) "Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi" (وَهُوَ العَزِيزُ) "Dialah Yang Maha Perkasa" yakni tidak ada yang dapat melawan dan mengalahkanNya" (الحَكِيمُ) "Lagi Maha Bijaksana" yakni dalam syariat dan ketetapanNya."




14 comments:

ciK LyndaWawa said...

slm kenal...
:)

shayy omeyy said...

salam ziarah dan perkenalan..

Amieza said...

salam,ukhuwah ,thanks..4 ur komen..

cik su said...

slm ukhwah :)

hayati said...

SALAM UKHWAH DARIKU...

kandot65 said...

nice blog. T.ksh kerana singgah. Salam ukhuwah dari ana.

Juliet_iRa~" said...

salam..
bley x sy nak minta request awk letakkan doa khatam quran yg kebiasannya dibaca??tima kaceh..

MyHasla said...

salam ziarah. thanks 4 visiting my notes entry.

AeN@MeQi... said...

salam perkenalan...
semoga dirahmati...

RomaEnterprise said...

Salam...ambo xleh komen.Allah turunkn Alquran wat pdoman kita. Hayati n ikutinya...

jahanam!! said...

alhamdullilah !!!

* said...

sehari satu ain, sebulan...setahun...
cintai bacaan alquran..

Anonymous said...

fiuhh...pusing....!!! (baca ayat2 al-Quran serasa mo meledak ni otak)

gara2 tugas ga da yg selese c....

Jamaiah Nur Jamaak Hir said...

Askom..Salam perkenalan