Saturday, August 24, 2013

AL-ASYURA



“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki, Dia Maha Kuat , Lagi Maha Perkasa. Sesiapa berkehendakkan keuntungan di akhirat, akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan sesiapa berkehendakkan keuntungan dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian diakhirat. Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan peraturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) ? Dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda dan menangguhkan (hukuman daripada Allah), tentulah hukuman di antara mereka telah dilaksanakan. Dan sesungguhnya orang zalim itu akan mendapat azab yang sangat pedih. Kamu akan melihat orang zalim itu sangat ketakutan kerana (kejahatan-kejahatan) yang telah mereka lakukan, sedangkan (azab) itu tetap menimpa mereka. Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar. (Asy-Syuura: 19-22)

Thursday, August 22, 2013

Al-Baqarah:177.



Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi kebaktian itu ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab suci dan para nabi, dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar di dalam perjalanan, orang yang meminta bantuan dan membebaskan hamba abdi, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat,dan menunaikan janji apabila mereka berjanji, dan orang-orang yang sabar menhadapi kesempitan dan penderitaan dan sabar dalam masa peperangan. Merekalah orang-orang yang benar-benar berbakti dan merakalah orang-orang yang benar-benar bertaqwa. al-Baqarah: 177.

Monday, October 1, 2012

Al Fatihah : 5



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan. )

    اِيَّاكَ نَعْبُدُ   (Hanya kepada Engkau kami menyembah) Maksunya, Ya Allah, kepada Engkaulah kami tunduk, patuh dan merendah diri serta kami mengakui bahawa Engkaulah Tuhan kami.

     وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  (dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.) Maksudnya, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan untuk menyembah-Mu, mentaati-Mu dan  dalam segala urusan kami.
 Sesungguhnya inilah 'aqidah orang mukmin, mereka membebaskan dirinya daripada seluruh bentuk perhambaan kepada sesama manusia dan hanya menjadi hamba kepada penciptanya.





Thursday, September 6, 2012

Al-Fatihah: 4


بِسمِ الله الرّحمٰنِ الرّحيمِ
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ
( Pemilik hari pembalasan. )
Hari pembalasan bererti hari perhitungan bagi semua makhluk. Mereka akan mendapat balasan sesuai dengan amalannya. Jika amalannya baik maka balasannya pun baik. Jika amalannya buruk maka balasannya pun buruk kecuali bagi mereka yang mendapat keampunan.

Thursday, August 9, 2012

Al FATIHAH-3


بِسمِ الله الرّحمٰنِ الرّحيمِ

الرَّحْمٰنِ الرّحِيمِ

(Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih)

Kedua-dua sifat ini meliputi semua pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam semua keadaan dan lapangannya. Ayat ini diulang sekali lagi di tengah-tengah surah ini untuk menegaskan sifat yang jelas dan terang daripada konsep Rububiyyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dan makhluk-makhlukNya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merasangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan fitrah terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu.

Thursday, April 19, 2012

AL FATIHAH-2


اَلْحَمْدُ لِلَّه رَبِّ الْعٰلَمِينَ (٢).

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Bisyr bin 'Imarah meriwayatkan daripada adh-Dhahak daripada Ibnu 'Abbas: اَلْحَمْــدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعٰــمِـيـنَ Ertinya, segala puji bagi Allah pemilik seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya, samada yang kita ketahui mahu pun yang kita tidak ketahui.

Sunday, March 11, 2012

SYUKUR


اَلْحَمْدُ لِلّهِ

(Segala puji bagi Allah)

Alhamdulillah ialah ucapan syukur seseorang itu hanya untuk Allah SWT. Ia tidak diucapkan kepada yang lain; sembahan-sembahan selain daripadaNya, juga makhluk ciptaanNya. Ia diucapkan sebagai satu tanda syukur di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya dan seterusnya dapat membawa hambaNya kepada mentaati segala kewajipan dan perintah yang telah dipertanggungjawapkan dan berakhir dengan segala kenikmatan di syurga yang abadi.

Saturday, February 18, 2012

AN-NISAA': 86

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#

#sŒÎ)urâ LäêŠÍhãm 7p¨ŠÅstFÎ/ (#qŠyssù z`|¡ômr'Î/ !$pk÷]ÏB ÷rr& !$ydrŠâ 3 ¨bÎ) ©!$# tb%x. 4n?tã Èe@ä. >äóÓx« $·7ŠÅ¡ym á

"Dan apabila kamu dihormati dengan sesuatu penghormatan (salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah (penghormatan itu, yang sepadan) dengannya. Sesungguhnya Allah menghitung segala sesuatu." (an-Nisaa':86)


Maksudnya: Apabila seorang Muslim mengucapkan salam kepada kamu, maka balaslah salam itu dengan yang lebih baik, atau balaslah salam itu dengan yang sama. Sebab, lebih daripada itu sangat dianjurkan, sedangkan membalasnya dengan yang serupa adalah diwajibkan. Wallaahu a'lam.

Tuesday, January 17, 2012

Ali'Imran: 53


بسم الله الرحــمن الرحـــيم

!$oY­/uâ $¨YtB#uä !$yJÎ/ |Mø9tRr& $oY÷èt7¨?$#ur tAqß§9$# $oYö;çFò2$$sù yìtB šúïÏÎg»¤±9$# á

“Ya Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah).” (Ali’Imran: 53)

Wednesday, November 30, 2011

AN-NAHL: 97


بسم الله الرحمن الرحيم

âمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْــزِيَنَّــهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْـسَنِ مَا كَانُوا يَعْــمَلُــونَá

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kapada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (an-Nahl :97)

Ini merupakan janji daripada Allah SWT bagi hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu amal yang berpandukan Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya Muhammad SAW. Maka Allah akan memberi mereka kehidupan yang baik di dunia dan mereka juga mendapat balasan yang lebih baik daripada amal mereka di akhirat. Kehidupan yang baik itu memperolehi rezeki yang baik dan halal di dunia serta mendapat pemeliharaan dan keredhaan daripada Allah SWT.