“Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. Yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya dan Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat.”
Sunday, September 4, 2011
AL FURQAAN 1-2
Wednesday, January 27, 2010
Surah Ad-Dukhaan: 43- 44- 45-46
بسم الله الرحمـن الرحيــم
إِنَّ شَـجـَرَتَ الزَّقُــومِ . طَـعـَمُ الْأَ ثـِيــمِ
كــَالْـمُـهْـلِ يَـغْـلِـى فِى الْبُـطُـونِ . كـَغَـلْـىِ الــْحَـمِـيْـم
( إِنَّ شَـجـَرَتَ الزَّقُــومِ . طَـعـَمُ الْأَ ثـِيــم ) Sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan orang yang banyak berdosa." iaitu orang banyak membuat dosa melalui ucapan dan perbuatannya.
( كــَالْـمُـهْـلِ يَـغْـلِـى فِى الْبُـطُـونِ )" Seperti tembaga cair yang mendidih di dalam perut."
Monday, October 19, 2009
Surah Ad-Dukhaan: 40- 41- 42
Sunday, July 5, 2009
Surah Al-Mu'minuun: 115 -118
Wednesday, May 13, 2009
Surah Ali -' Imran : 170 - 171
Friday, April 24, 2009
Surah Ali-'Imran : 172-173
Thursday, April 9, 2009
Surah Ali-'Imran : 174-175
بِـــسْـــمِ اللهِ الرَّ حْــمَـــنِ الرَّحِـــيْـــمِ
فَاْ نْــقَــلـَـبُــواْ بِنـِـعْــمَــةٍ مِّــنَ اللهِ وَفَـــضْــلٍ لـَّــمْ يَــمْــسَـهُمْ سُـوءٌ
Friday, March 20, 2009
Surah Ali-'Imran : 26-27
تُــولِجُ الَّــيْـلَ فِــي النَّــهَا رِ وَتُــولِــجُ الــنَّهَــارَ فِــى الَّيْــلِ وَتُــخْــرِجُ الْــحَيَّ مِــنَ الْمــيِّتِ وَتُخْــرِجُ الْــمَيِّــتَ مِــنَ الْحَــىِّ
وَتَــرْزُقُ مَــنْ تَــشَــآءُ بِــغَيْــرِ حِسَـــابٍ
Thursday, March 5, 2009
Surah Ali-'Imran : 18-19
(لآَاِلَهَ اِلاَّهُوَ) "Tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi melainkan Dia". (الْعَزِيْزُ الْحكيمُ) "Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Iaitu, Perkasa di dalam kerajaanNya dan Bijaksana dalam ciptaan dan ketetapanNya.
Sunday, March 1, 2009
Surah Al-Baqarah : 255
بسم الله الرّحمن الرّحيم
(لاَتَأْ خُذُهُ سِنَةٌ وَلاَنَوْمُُ)" Tidak mengantuk dan tidak pula tidur" iaitu suci dari sifat kekurangan, kelengahan dan kelalaian dalam mengurus makhlukNya. Bahkan Dia sentiasa mengatur, mengurus dan memperhati apa yang dikerjakan oleh setiap hamba-hambaNya. Dan Dia sentiasa menyaksikan segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dariNya. Dia tidak dikuasai oleh mengantuk dan juga tidak tidur .
(لَهُ مَافِي السَّمَاوَاتِ وَمَافِي الأَرْضِ)" Kepunyaan Nya apa yang ada di langit dan di bumi."Yakni Allah menyatakan bahawa semua makhluk ini adalah hamba Nya dan berada di dalam kerajaan Nya, dengan kehendak Nya dan juga kekuasaan-Nya.
(مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلاَّبِإِذْنِهِ)
(مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّبِإِذْنِهِ)"Tiada yang dapat memberi syafa’at.di sisi Allah tanpa izin Nya.
Ini merupakan keagungan, keperkasaan dan kebesaran Allah, yang mana tidak seorang pun yang dapat memberikan syafa’at kepada orang lain kecuali dengan keizinan-Nya.
(وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ) "Kursi Allah meliputi langit dan bumi."Ibnu Abi Hatim menceritakan dari Ibnu Abbas; beliau mengatakan kursi Allah ialah ilmuNya.
(وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ)"Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"