Daripada
Jabir bin Abdullah R.A, katanya: pernah Rasulullah S.A.W apabila berpidato merah menyala matanya,
lantang suaranya, dan bersangatan
marahnya sehingga seolah-olah baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan
kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: bahawa musuh
akan datang menyerang kamu pada pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang! ; Serta
baginda bersabda: “(masa) aku diutuskan dan masa berlakunya kiamat seperti dua
jari ini,” lalu baginda menyatukan kedua jari tangannya – jari telunjuk dan
jari tengah, serta baginda bersabda lagi: “(ketahuilah) selain dari itu, maka
sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah, dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah
jalan pimpinan Muhammad S.A.W; dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah
perkara-perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap
perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu ialah bida’ah, dan tiap-tiap
bida’ah itu sesat”. Kemudian baginda bersabda lagi: “aku adalah berhak menolong
tiap-tiap orang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, -sesiapa
yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa
yang meninggalkan hutang, atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka
terserahlah kepadaku menjaganya, dan akulah yang menanggung hutangnya.” ( Muslimdan lain-lainnya ) (. pdf )
Saturday, January 28, 2017
Wednesday, January 11, 2017
Fi'il Mudhari'
Fi'il Mudhari' ialah kata kerja yang menunjukkan kala kini atau perbuatan yang sedang berlaku atau akan berlaku atau rutin. Kata kerja ini ada 14 bentuk seperti berikut:
Tuesday, January 10, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)