Monday, August 26, 2013

Al-Baqarah

Alif, Laam,Miim. Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada pekara-pekara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat pertunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang Berjaya. (Al-Baqarah: 1-5).

Saturday, August 24, 2013

AL-ASYURA



“Allah Maha lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki, Dia Maha Kuat , Lagi Maha Perkasa. Sesiapa berkehendakkan keuntungan di akhirat, akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya dan sesiapa berkehendakkan keuntungan dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya(keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian diakhirat. Apakah mereka mempunyai sembahan selain Allah yang menetapkan peraturan agama bagi mereka yang tidak diizinkan (diredhai) ? Dan sekiranya tidak ada ketetapan yang menunda dan menangguhkan (hukuman daripada Allah), tentulah hukuman di antara mereka telah dilaksanakan. Dan sesungguhnya orang zalim itu akan mendapat azab yang sangat pedih. Kamu akan melihat orang zalim itu sangat ketakutan kerana (kejahatan-kejahatan) yang telah mereka lakukan, sedangkan (azab) itu tetap menimpa mereka. Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar. (Asy-Syuura: 19-22)

Thursday, August 22, 2013

Al-Baqarah:177.



Kebaktian itu bukan hanya menghalakan mukamu ke arah timur dan barat, tetapi kebaktian itu ialah mereka yang beriman kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab suci dan para nabi, dan memberi harta yang disayanginya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin, orang yang terlantar di dalam perjalanan, orang yang meminta bantuan dan membebaskan hamba abdi, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat,dan menunaikan janji apabila mereka berjanji, dan orang-orang yang sabar menhadapi kesempitan dan penderitaan dan sabar dalam masa peperangan. Merekalah orang-orang yang benar-benar berbakti dan merakalah orang-orang yang benar-benar bertaqwa. al-Baqarah: 177.