Thursday, August 9, 2012

Al FATIHAH-3


بِسمِ الله الرّحمٰنِ الرّحيمِ

الرَّحْمٰنِ الرّحِيمِ

(Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih)

Kedua-dua sifat ini meliputi semua pengertian kasihan belas dan kasih sayang dalam semua keadaan dan lapangannya. Ayat ini diulang sekali lagi di tengah-tengah surah ini untuk menegaskan sifat yang jelas dan terang daripada konsep Rububiyyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas hubungan yang kekal di antara Allah dan makhluk-makhlukNya iaitu hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merasangkan kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa ketenteraman dan kemesraan. Oleh sebab itulah kesyukuran dan sanjungan itu merupakan sambutan fitrah terhadap rahmat kasih sayang dan belas kasihan yang lemah-lembut itu.