Wednesday, November 30, 2011

AN-NAHL: 97


بسم الله الرحمن الرحيم

âمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْــزِيَنَّــهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْـسَنِ مَا كَانُوا يَعْــمَلُــونَá

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan balasan kapada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (an-Nahl :97)

Ini merupakan janji daripada Allah SWT bagi hambaNya yang beriman dan beramal soleh iaitu amal yang berpandukan Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya Muhammad SAW. Maka Allah akan memberi mereka kehidupan yang baik di dunia dan mereka juga mendapat balasan yang lebih baik daripada amal mereka di akhirat. Kehidupan yang baik itu memperolehi rezeki yang baik dan halal di dunia serta mendapat pemeliharaan dan keredhaan daripada Allah SWT.